Selasa | 15 April 2025 ~ Lawatan kerjasama strategik industri antara Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA [disertai wakil Pensyarah Diploma in Creative & Digital (DCD) Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM)] bersama Dream Edge Sdn. Bhd. berkaitan program media kreatif
. Perbincangan meliputi 4 objektif:
1. Mengenalpasti keperluan skillset industri media kreatif di dalam kurikulum DCD
2. Penempatan pelajar Latihan Industri (LI) yang berkualiti bagi pelajar DCD.
3. Penawaran kerja kepada graduan DCD yang berpotensi dan berprestasi tinggi.
4. Penubuhan industrial teaching factory media kreatif di KPMIM seperti perkongsian kepakaran dan teknologi bersama pelajar.
Kolaborasi bersama diharapkan berterusan di antara BPT, KPMIM, dan Dream Edge. Terima kasih diucapkan kepada Dream Edge Sdn Bhd.