Kuala Lumpur | 24 Mac 2025
Perjumpaan antara MARA & Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Ir. Dr. Mahzan bin Teh bersama Pegawai Ketua Eksekutif MQA, YBhg. Prof Dato’ Dr. Mohamad Shatar bin Sabran membincangkan isu berkaitan akreditasi dan sijil penubuhan institusi untuk kolej di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Tinggi (BKT) dan Bahagian Kemahiran Tinggi (BKT).
Turut hadir bersama adalah Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Undang-Undang (BUU), Encik Iskandar bin Zainuddin dan pegawai-pegawai dari BPT, BKT dan BUU dan wakil dari MQA, Encik Mohamad Dzafir bin Mustafa, Pengarah Kanan (Pembangunan Dasar dan Kepakaran).
MARA terus memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan agar terus maju dan memenuhi pasaran industri.
#hiedumara #tertiarimara #JomMasukKPM #JomMasukKM #shapingprofessionalleaders #majlisamanahrakyat #MerakyatkanMARA