Sekalung Tahniah Buat Leia Mayssa Masyerin

Leia telah mewakili Malaysia dalam International Mathematical Olympiad (IMO) 2022-2024, yang berlangsung di Oslo, Norway (2022), Chiba, Japan (2023), dan Bath, United Kingdom (2024). Sepanjang penyertaannya, Leia berjaya merangkul 1 pingat gangsa dan 2 Honorary Mentions, membuktikan keunggulannya dalam bidang Matematik peringkat dunia.

Selain itu, Leia turut terpilih untuk menyertai Kem Matematik Antarabangsa, Maths Beyond Limits di Rycerka Dolna, Poland pada 8 – 21 September 2024 dan merupakan wakil tunggal Asia Tenggara. Kem ini menghimpunkan 60 pelajar cemerlang dari 32 negara yang berkongsi minat mendalam dalam Matematik dan membina jaringan global dalam komuniti tersebut.

Di atas pencapaian luar biasa ini, Leia telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat, dalam bidang Sains Komputer bagi sesi kemasukan 2025.

Majlis Amanah Rakyat mengucapkan tahniah kepada Leia Mayssa Masyerin pelajar Kolej MARA Banting atas tawaran pengajian di Amerika Syarikat serta pencapaian yang luar biasa! Semoga Leia terus menjadi inspirasi kepada pelajar lain dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa!