Permohonan Kemasukan Ke
Kolej MARA (KM) &
Kolej Profesional MARA (KPM)
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
PEMOHON DISARANKAN UNTUK MEMBACA DENGAN TELITI GARIS PANDUAN TERLEBIH DAHULU
PAUTAN PERMOHONAN BERADA DI BAWAH
PENGENALAN
- Program Diploma Dan Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA
Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2024 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2025/2026 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan serta Pemasaran. Program ini terdiri daripada tiga belas (13) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:
Diploma in Accounting (DIA) | UPUOnline | |
Diploma in Accounting + SAP s/4HANA Financial Accounting Associates Certification (DIA + SAP) | UPUOnline | |
Diploma in Business Information Technology (DBIT) | UPUOnline | |
Diploma in Business Studies (DBS) | UPUOnline | |
Diploma in Computer Science (DCS) | UPUOnline | |
Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification (DCS + SAS) | UPUOnline | |
Diploma in Marketing + Certified Professional Marketer (Asia) Certification (DMK + CPM) | UPUOnline | |
Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC + ITBM) | UPUOnline | |
Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI + HE) | UPUOnline | |
Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM + CILT) | UPUOnline | |
Diploma in International Business (DIB) | UPUOnline | |
Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF + AQIF) | UPUOnline | |
Diploma In Creative Digital Media Production + Digital Media Profesional Certificate (DCD+DMP) | SPUPIM | |
Intensive English Programme (IEP) | SPUPIM |
Program Asasi Kolej MARA
Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke program Asasi Kolej MARA Sesi 2025/2026 dan seterusnya ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Program Asasi Kolej MARA yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera iaitu Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, Asasi Perniagaan dan Asasi Sains seperti berikut:
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Multimedia University (MMU) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) UCSI University Taylor’s University Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) *Diperkenalkan 2024 : Universiti Teknologi Petronas (UTP) | !!PENTING!! Sila klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan program ijazah yang ditawarkan : https://hi- edu.my/permohonan- km/ | |
Universiti Teknologi Malaysia Al-Sultan Abdullah (UTM) Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) | ||
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Management & Science University (MSU) Malaysian Allied Health Sciences University (MAHSA) UCSI University Taylor’s University Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) |
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Berikut adalah garis panduan dan tatacara permohonan:
- Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) https://hi-edu.my/ bermula 25 April
2025 sehingga 25 Mei 2025 .
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja
Calon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan.
KOLEJ MARA : https://hi-edu.my/permohonan-km/
KOLEJ PROFESIONAL MARA : https://hi-edu.my/programkpm/
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mei 2025 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan selepas
tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN RAYUAN
- Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman web rasmi Hi-Edu MARA di https://hi-edu.my/ bermula pada 18 Jun 2025.
- Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (SPUPIM) di laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ bermula 18 Jun 2025.
- Semakan keputusan rayuan program Diploma Kolej Profesional MARA dan Asasi Kolej MARA boleh disemak bermula 27 Jun 2025 di laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ selepas jam 03.00 petang.
Fasa Semakan | |||
Semakan Permohonan | | | |
Semakan Rayuan Fasa 1 | |||
Semakan Rayuan Fasa 2* |
* Tertakluk kepada perubahan dan kekosongan penempatan
* Tarikh dikemaskini pada 24/04/2025 14:31 PM
KRITERIA PEMILIHAN
Memenuhi Syarat Am kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan
- Berumur 18 tahun pada tahun 2025 bagi permohonan ke Kolej MARA (calon SPM tahun semasa sahaja)
- Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun bagi permohonan ke Kolej Profesional MARA
MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah; dan
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.
Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
KAEDAH PENGAJIAN KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA
Kolej Profesional MARA
Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian program diploma KPM adalah tertakluk kepada syarat semasa yang ditetapkan oleh MARA seperti berikut:
- Medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan bagi pengajian diploma KPM ini adalah Bahasa Inggeris.
- Mod pengajian bagi program diploma KPM adalah dilaksanakan secara sepenuh masa.
- Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.
- Kemudahan asrama disediakan tertakluk kepada kekosongan. Keutamaan diberikan kepada pelajar semester 1.
Kolej MARA
Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian program Asasi Kolej MARA adalah tertakluk kepada syarat semasa yang ditetapkan oleh MARA seperti berikut:
KURSUS PERSEDIAAN | IJAZAH SARJANA MUDA |
Pelajar akan mengikuti kursus persediaan Asasi Kolej MARA yang telah ditetapkan oleh pihak MARA | Pelajar akan ditawarkan pinjaman pelajaran MARA selepas melepasi syarat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang tersenarai sahaja. Bidang Teknikal: Asasi Kejuruteraan & Teknologi (FET): 3.00/4.00 Bidang Bukan Teknikal: Asasi Perniagaan: 3.00/4.00 |
- Program Asasi Kejuruteraan & Teknologi, Asasi Sains dan Asasi Perniagaan dilaksanakan sepenuhnya di Kolej MARA Kuala Nerang.
- Medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan bagi pengajian Asasi KM ini adalah Bahasa Inggeris.
- Mod pengajian program Asasi Kolej MARA adalah dilaksanakan secara sepenuh masa.
- Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.
- Kemudahan penginapan asrama disediakan bagi semua pelajar sepanjang pengajian.
MANUAL PENGGUNA
PERMOHONAN KEMASUKAN KE
KOLEJ MARA (KM)
KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
Muat Turun Manual Pengguna Untuk Keterangan Lanjut : Manual Pengguna SPUPIM