BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI

BPT berperanan untuk menyelaraskan pentadbiran dan perjalanan program pendidikan tinggi, Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program pendidikan prauniversiti dan separa profesional di Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM). Institusi-institusi ini menjalankan pelbagai program peringkat prauniversiti, persediaan dan diploma yang bertujuan melahirkan guna tenaga mahir Bumiputera terutamanya dalam bidang-bidang kritikal, pengurusan, perdagangan dan teknologi maklumat.

Selain daripada itu, Bahagian Pendidikan Tinggi turut dipertanggungjawabkan mengawal selia dan mentadbir kepentingan MARA dalam pembangunan dan pengurusan program dan / atau projek yang melibatkan institusi-institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti Universiti Kuala Lumpur dan kampus-kampus cawangannya, German Malaysian Institute dan Kolej Poly Tech MARA sebagai bahagian untuk menyalurkan keperluan pembangunan IPMa tersebut kepada Pengurusan / Majlis MARA dan Agensi Pusat serta badan-badan berkuasa tertentu Kerajaan, dari semasa ke semasa.

Pada masa ini Bahagian Pendidikan Tinggi diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah iaitu :
i. Timbalan Pengarah Kurikulum
ii. Timbalan Pengarah Pengurusan 

Di bawah Timbalan Pengarah Kurikulum terdapat tiga seksyen iaitu :
i. Kurikulum
ii. Naziran dan Kualiti
iii. Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Manakala Timbalan Pengarah Pengurusan menyelia tiga Seksyen iaitu :
i. Projek dan Pengurusan
ii. Perkhidmatan dan Latihan
iii. Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)

VISI

Menjadikan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) pusat pengajian tinggi yang cemerlang dengan prasarana pendidikan yang lengkap ke arah penyediaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dan pembentukan modal insan berkualiti.

MISI

Menerajui pendidikan peringkat tertiari untuk melahirkan modal insan global yang berintegriti dan kompeten bagi memenuhi keperluan industri.

i. Membangunkan program pengajian berkualiti dan diiktiraf oleh Kerajaan bagi memenuhi permintaan pasaran kerjaya terhadap kualiti tenaga profesional.
ii. Membentuk kurikulum yang berkualiti dan komprehensif untuk pembangunan potensi pelajar dan meningkatkan kompetensi bagi keperluan pengajian lanjutan dan guna tenaga negara.
iii. Melaraskan kokurikulum kepada penguasaan kompetensi keusahawanan dan kemahiran insaniah serta amalan khidmat masyarakat.
iv. Memantau pematuhan kepada Standard Peperiksaan dan Penilaian BPT.
v. Mengisi penuh kapasiti tempat belajar di IPMa.
vi. Membantu sebagai perantara dengan MARA dalam urusan tajaan staf dan pelajar lepasan IPMa ke luar Negara.
vii. Mengawal selia kualiti pengurusan pendidikan di IPMa.
viii. Melaksanakan perkhidmatan pelanggan melalui tadbir urus dan sistem penyampaian yang efisien.
ix. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang menepati piawaian.
x. Meningkatkan kekuatan intelektual staf melalui latihan dan kursus dalaman/ anjuran badan luar bagi memenuhi keperluan ‘stake holder’ dan pelanggan.
xi. Mengurus dan memastikan pematuhan tatacara pengurusan Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan Bajet Kerajaan bagi setiap Institusi Pendidikan MARA.

Carta Organisasi Bahagian Pendidikan Tinggi MARA

Hi-Edu MARA
 

 

 

i. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan ke KPM dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tutup permohonan
ii. Memastikan setiap pengunjung kaunter dilayani dalam tempoh tidak melebihi lima minit
iii. Menjawab panggilan telefon dalam masa tiga deringan
iv. Menyediakan baucar bayaran dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
v. Memaklumkan keputusan rayuan pelajar dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
vi. Memberi maklum balas surat-surat dalam masa lima hari bekerja daripada tarikh surat diterima

BPT beriltizam untuk menawarkan perkhidmatan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti dan berintegriti melalui penambahbaikan berterusan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing

Warga kerja BPT mengutamakan pengamalan nilai-nilai korporat (SIKAP) dalam budaya kerja :-
i. SEPAKAT – bekerja sabagai satu pasukan yang harmoni untuk mencapai visi, misi dan objektif BPT
ii. INTEGRITI – mengamalkan ketelusan, akauntabiliti dan yakin kepada ehsan dalam pelaksanaan tugas
iii. KREATIF – berusaha melaksanakan tugas bersandarkan novasi, penambahbaikan, penanda arasan dan amalan terbaik;
iv. AMANAH – menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur untuk mendapat berkat
v. PATRIOTIK – mengutamakan misi perjuangan bangsa, agama dan negara.