Permohonan dibuka kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA (IPMA) sahaja.
Kemudahan pinjaman untuk pembayaran pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang mendapat tawaran pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPMA sahaja.
Syarat Permohonan
- Pinjaman maksimum RM2,000.00 sahaja
- Pendapatan bulanan keluarga RM4,000.00 dan ke bawah
- Permohonan dibuat secara atas talian
- Proses kelulusan akan dibuat oleh Pejabat MARA Negeri
- Bayaran balik pinjaman 100%
Tawaran Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Tahun 2023 dibuka hanya kepada pelajar yang menerima tawaran daripada Institut Pendidikan MARA (IPMA) sahaja. Anda boleh menyemak di menu Semakan Kelayakan.
Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran dibuka bagi kemasukan bermula Jan 2023 sahaja.
Permohonan dan Pendaftaran ePendahuluan ini hanya boleh di akses menggunakan Desktop atau Laptop sahaja.
SKIM PINJAMAN PENDAHULUAN PELAJARAN MARA