Permohonan Kemasukan Ke
Kolej Profesional MARA (KPM)
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
PEMOHON DISARANKAN UNTUK MEMBACA DENGAN TELITI GARIS PANDUAN TERLEBIH DAHULU
PAUTAN PERMOHONAN BERADA DI BAWAH
1. PENGENALAN
1.1 Program Diploma Dan Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA
Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2023 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2024/2025 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran. Program ini terdiri daripada lima belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:
Diploma in Accounting (DIA) | |
Diploma in Business Information Technology (DBIT) | |
Diploma in Business Studies (DBS) | |
Diploma in Computer Science (DCS) | |
Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification | |
Diploma in Creative Digital Media Production (DCD) | |
Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC) | |
Diploma in Entrepreneurship (DEN) | |
Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI) | |
Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM) | |
Diploma in International Business (DIB) | |
Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF) | |
Diploma in Landscape & Horticulture (DLH) | |
Diploma in Marketing (DMK) | |
Intensive English Programme (IEP) |
2. GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Berikut adalah garis panduan dan tatacara permohonan:
- 2.1 – Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my
serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) https://hi-edu.my/ bermula
- 2.2 – Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- 2.3 – Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak
Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja.
Calon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan.
KOLEJ PROFESIONAL MARA : https://hi-edu.my/programkpm/
3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Oktober 2024 pada jam 11:59 malam.
Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
4. PENILAIAN KHAS : UJIAN BERTULIS / SESI TEMUDUGA
- 4.1 – Calon yang memohon kemasukan ke program Diploma Creative Digital Media and Production (DCD) akan dipanggil untuk menjalani penilaian khas. Hanya Calon yang melepasi syarat kelayakan sahaja akan dipanggil melalui SMS/email/whatsapp.
NOTA: Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan.
(https://hi-edu.my/programkpm/)
5. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN RAYUAN
- 5.1 – Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM di https://hi-edu.my/
- 5.2 – Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah
TIDAK DIBENARKAN
- .
6. KRITERIA PEMILIHAN
- 6.1 – Memenuhi Syarat Am kemasukan ke program Asasi Kolej MARA adalah seperti berikut:
-
- Warganegara Malaysia
- Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan
- 6.2 – MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:
-
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- 6.3 – Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- 6.4 – Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- 6.5 – MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad
-
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
7. MEKANISME PENGAJIAN
Kolej Profesional MARA
Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian program diploma KPM adalah tertakluk kepada terma perjanjian MARA seperti berikut:
- Medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan bagi pengajian diploma KPM ini adalah Bahasa Inggeris.
- Mod pengajian bagi program diploma KPM adalah dilaksanakan secara sepenuh
- Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak
- Kemudahan asrama disediakan tertakluk kepada kekosongan. Keutamaan diberikan kepada pelajar semester 1
- Pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberi sepanjang tempoh pengajian
- Pelajar yang Berhenti atau Ditamatkan Pengajian perlu membayar semula kemudahan ESH bergantung kepada jumlah ESH yang diterima sepanjang pengajian
MANUAL PENGGUNA
PERMOHONAN KEMASUKAN KE
KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
Muat Turun Manual Pengguna Untuk Keterangan Lanjut : Manual Pengguna SPUPIM