KONVOKESYEN
MAKLUMAT KONVOKESYEN
PERHATIAN :
SISTEM AKAN MULA DIBUKA PADA 10 NOVEMBER 2025 - 4 MEI 2026
Majlis Konvokesyen Perdana IPMA (KKTM, KPM, MJII dan IKM) 2025 akan diadakan di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Tarikh Pengesahan Kehadiran : 10 NOVEMBER 2025 HINGGA 4 MEI 2026
Tarikh Pendaftaran : 18 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026 (Isnin – Khamis)
Tarikh Konvokesyen : 19 Mei 2026 hingga 22 Mei 2026 (Selasa – Jumaat)
Bilangan Sidang : Tujuh (7) Sidang
Alamat Lokasi Konvokesyen :
World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur,
Dulu dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC)
41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Graduan KPM perlu membuat pengesahan kehadiran konvokesyen di https://konvo.tvetmara.edu.my/
Pengesahan kehadiran konvokesyen bermula pada 10 November 2025 hingga 4 Mei 2026.

Akan Dikemaskini.
- Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Tinggi untuk meningkatkan tahap kualiti Sistem Pendidikan Negara.
- Graduan dikehendaki melengkapkan kajian ini secara atas talian bermula pada 6 April 2026 (Isnin) di pautan https://graduan.mohe.gov.my/SKPG24 atau http://great.mohe.gov.my/
- Graduan yang telah melengkapkan kajian tersebut perlu mencetak Slip SKPG dan dibawa semasa pendaftaran konvokesyen.
- Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen juga dikehendaki mengisi kajian tersebut dalam tempoh yang diberikan dan mengemukakan Slip SKPG semasa tuntutan skrol dan transkrip di institusi masing-masing.
- Graduan tidak dibenarkan mengambil Pakaian Konvokesyen, skrol dan transkrip jika gagal melengkapkan kajian pengesanan graduan tersebut.
Graduan boleh mengambil skrol dan transkrip masing-masing sebaik sahaja konvokesyen selesai, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah:
- Graduan yang masih berhutang dengan institusi masing-masing hendaklah menjelaskan hutang sebelum skroldan transkrip dapat dikeluarkan. Sila lampirkan bersama resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan hutang telah dijelaskan.
- Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya skroldan transkrip yang telah diserahkan kepada graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.
- Jika terdapat sebarang kesilapan maklumat pada skrol dan transkrip selepas dua (2) minggu dari tarikh penerimaan, graduan boleh berhubung dengan institusi masing-masing. Sebarang kesilapan yang diterima selepas tempoh tersebut akan dikenakan bayaran.
Akan Dikemaskini.
Akan Dikemaskini.
Akan Dikemaskini.


