
30 September 2025, Johor Bahru | MARA dengan penuh penghargaan telah memenuhi jemputan menghadiri Sidang Media Johor Rugby Carnival 2025 yang berlangsung dengan meriah di Grand Paragon Hotel.
MARA yang diwakili oleh En. Muhammad Fazly bin Jamaluddin (Pengarah KPM Bandar Penawar), En. Norazhar bin Abdul Hamid (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar KPM Bandar Penawar) bersama pegawai-pegawai lain turut berkesempatan mengadakan perbincangan bersama Datuk Mohd Noorazam Osman (Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Johor) mengenai potensi kerjasama strategik antara MARA dan Johor Rugby.
Antara skop kerjasama yang dibincangkan ialah:
Penyediaan laluan pendidikan untuk atlet ragbi negeri Johor (English College, Sri Mersing, THOR).
Perkongsian kepakaran dalam bidang pembangunan dan kejurulatihan sukan ragbi.
Pengiktirafan KPM Bandar Penawar sebagai IPT Cemerlang Ragbi negeri Johor.
Kerjasama ini diharap dapat membuka peluang baharu dalam memperkasa bakat pelajar melalui gabungan kecemerlangan akademik dan pembangunan sukan ragbi berprestasi tinggi di KPM Bandar Penawar.
#hiedumara #tertiarimara #JomMasukKPM #JomMasukKM #shapingprofessionalleaders #majlisamanahrakyat #MerakyatkanMARA