
1 Oktober 2025, Johor | Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA telah mengadakan sesi libat urus bersama industri utama logistik iaitu Johor Talent Development Council (JTDC), Lembaga Pelabuhan Johor dan Shaziman Transport Sdn. Bhd. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha BPT untuk memperkukuh hubungan strategik dengan industri bagi merealisasikan agenda menjadi industry-driven education institution.
MARA telah diwakili En. Fazly bin Jamaluddin (Pengarah KPM Bandar Penawar), Dr. Musa bin Ali (Timb. Pengarah Hal Ehwal Akademik KPM Bandar Penawar), En. Norazhar bin Abdul Hamid (Timb. Pengarah Hal Ehwal Pelajar KPM Bandar Penawar) dan pegawai-pegawai lain.
Melalui sesi ini, MARA telah berjaya menghubungkan institusi pendidikan dengan industri utama dalam Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). Perbincangan bersama juga telah mengenal pasti set kemahiran penting yang diperlukan dalam sektor logistik, membolehkan program pengajian disesuaikan dengan kehendak dan keperluan semasa industri.
Selain itu, sesi ini turut membuka peluang dalam penyediaan laluan kerjaya berkualiti kepada graduan MARA serta memperkukuh pelaksanaan aktiviti sangkutan industri di KPM Bandar Penawar. Kolaborasi ini sekali gus mencerminkan komitmen MARA dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga mampu memenuhi tuntutan pasaran kerja semasa.
#hiedumara #tertiarimara #JomMasukKPM #JomMasukKM #shapingprofessionalleaders #majlisamanahrakyat #MerakyatkanMARA