Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Program Inspirasi Muda di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi.

Isnin | 06 Oktober 2025
Program Inspirasi Muda yang berkonsepkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah berjaya diadakan pada hari Isnin, 6 Oktober 2025. Ini merupakan program di bawah inisiatif Badan Kebajikan BPT yang bertujuan memberi pendedahan dan maklumat mengenai Institusi Pendidikan di bawah MARA kepada para penghuni Sekolah Tunas Bakti.

Program ini turut menerima sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan pendidikan, kebajikan serta kesejahteraan peserta.

Pelaksanaan Program Inspirasi Muda ini juga bertujuan menyokong pembangunan modal ihsan dalam kalangan penghuni melalui pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan diri, membina sahsiah positif, serta mendorong mereka ke arah perubahan yang lebih baik dan bermakna.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti berasaskan semangat Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang berfungsi memupuk nilai patriotisme, cinta akan negara, dan kesedaran jati diri dalam kalangan peserta.

Selain itu, program ini turut mewujudkan suasana prihatin dan penyayang melalui pelaksanaan aktiviti yang merapatkan hubungan silaturahim antara warga luar dengan penghuni Sekolah Tunas Bakti, sekaligus memperkukuh semangat kebersamaan dan keinsanan.

#JomMasukKM #JomMasukKPM #hieduMARA #tertiariMARA #ShapingProfessionalTalents #MajlisAmanahRakyat #MerakyatkanMARA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *