βœ¨π‘΄π‘¨π‘Ήπ‘¨ & π‘Όπ’π’Šπ’—π’†π’“π’”π’Šπ’•π’š 𝒐𝒇 𝑸𝒖𝒆𝒆𝒏𝒔𝒍𝒂𝒏𝒅 π‘·π’†π’“π’Œπ’–π’Œπ’–π’‰ 𝑳𝒂𝒍𝒖𝒂𝒏 π‘¨π’Œπ’‚π’…π’†π’Žπ’Šπ’Œ 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 π’…π’†π’Žπ’Š π’π’‚π’‰π’Šπ’“π’Œπ’‚π’ π’ˆπ’“π’‚π’…π’–π’‚π’ π’ˆπ’π’π’ƒπ’‚π’ π’ƒπ’†π’“π’…π’‚π’šπ’‚ π’”π’‚π’Šπ’π’ˆ!**✨

Delegasi UQ terdiri daripada Jogvan Klein (Director, Future Students & Admissions), Serena Yeo (Head, Future Students International), Jinny Yun (Regional Manager – Southeast Asia), dan Ana Abubakar (International Liaison Officer, Faculty of Business, Economics and Law).

29 September 2025 (Isnin) – MARA telah menerima kunjungan delegasi kanan daripada The University of Queensland (UQ), Australia di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Delegasi UQ terdiri daripada Jogvan Klein (Director, Future Students & Admissions), Serena Yeo (Head, Future Students International), Jinny Yun (Regional Manager – Southeast Asia), dan Ana Abubakar (International Liaison Officer, Faculty of Business, Economics and Law).

Pertemuan ini menekankan usaha memperkukuh laluan akademik pelajar MARA ke UQ, khususnya melalui perbincangan tentang program bridging Matematik yang dicadang untuk pelajar baharu bagi mengatasi cabaran asas akademik. UQ mengesahkan bahawa kelemahan Matematik sering memberi kesan kepada kursus teras seperti Ekonomi dan Kewangan. Justeru, kedua-dua pihak bersetuju agar kursus asas ditawarkan lebih awal demi mengelakkan kegagalan yang membawa kepada lanjutan tempoh pengajian

Selain itu, UQ mencadangkan penggunaan Conditional Confirmation of Enrolment (COE) bagi membolehkan pelajar MARA memohon visa lebih awal berasaskan gred ramalan, sementara menunggu keputusan rasmi. MARA pula menekankan kepentingan penyelarasan polisi penaja–universiti agar proses kemasukan pelajar lebih lancar. Isu kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar IESP juga dibincangkan, dengan UQ bersetuju meningkatkan sokongan bahasa dan akademik.

Perbincangan turut merangkumi aspek pemantauan pelajar, termasuk kohort dari KKTM yang bakal dihantar ke Australia. MARA menegaskan kejayaan kumpulan ini penting sebagai penanda aras untuk pengembangan program masa hadapan. UQ juga berkongsi inisiatif bengkel yang menekankan pembangunan soft skills, serta sokongan komuniti pelajar antarabangsa melalui UQ MSA (Malaysian Students Association) di Brisbane.

Tawaran diskaun yuran, bantuan kewangan tambahan, serta peluang internship sebagai faktor tarikan pelajar turut dibibcangkan. UQ menyatakan komitmen untuk meneliti semula polisi diskaun dan memperluas kerjasama industri, termasuk melalui inisiatif WQ Ventures.

Kedua-dua pihak turut membincangkan peluang penyelarasaan kurikulum, keutamaan bidang STEM dan profesional, serta kerjasama dalam program baharu selaras dengan tren global seperti AI, IR 4.0 dan kewangan profesional.

Hasil pertemuan ini, MARA dan UQ komited untuk meningkatkan sokongan akademik, kebajikan, serta kebolehpasaran graduan tajaan MARA di Australia. Kerjasama erat ini bakal memastikan pelajar MARA bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik, malah bersedia sebagai graduan global yang berdaya saing. ✨🌏

#hiedumara #tertiarimara #JomMasukKPM #JomMasukKM #shapingprofessionalleaders #majlisamanahrakyat #MerakyatkanMARA #MalaysiaMadani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *