
13 Mei 2024 – Kunjung Hormat Professor Ir. Dr. Khairul Salleh bin Mohamed Sahari, Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ke Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA untuk mengemaskini program laluan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari lepasan pelajar diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) dan Program Asasi Kolej MARA. Turut sama dibincangkan ialah tentang program promosi UNITEN-BPT.
Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA berharap agar kerjasama dengan UNITEN akan membuka lebih banyak peluang kepada graduan KPM ke arah melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang sains komputer dan akauntan bumiputera bertauliah.
Jom masuk Kolej MARA!
Jom Masuk Kolej Profesional MARA!
hiedumara #tertiarimara #JomMasukKPM #JomMasukKM #majlisamanahrakyat #MerakyatkanMARA