Bengkel Pembangunan Modul MARA Mandarin Centre

Bengkel Pembangunan Modul MARA Mandarin Centre

14 Mei 2024 – Bandar Enstek, Nilai.

Sedang berlangsung Bengkel Pembangunan Modul MARA Mandarin Centre di Pusat Pembangunan dan Kepimpinan UiTM.

MARA Mandarin Centre adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh Bahagian Pendidikan Tinggi MARA dalam usaha untuk melahirkan Bumiputera yang mempunyai kemahiran bertutur dalam Bahasa Mandarin.

Kemahiran ini penting bagi menyediakan tenaga kerja mahir selaras dengan perkembangan ekonomi dunia yang menjurus ke arah negara China.

Pusat ini kelak akan menawarkan beberapa program jangka pendek merangkumi sijil ***HSK 1 hingga HSK 5.

Bengkel 2 hari ini mengumpulkan pensyarah-pensyarah pakar dari Kolej Professional MARA yang akan membangunkan modul-modul untuk kegunaan MARA Mandarin Centre nanti.

***HSK ialah ujian kecekapan Bahasa Cina antarabangsa yang diseragamkan, penutur Bahasa Cina bukan asli untuk memeriksa keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan Bahasa Cina dalam pelajaran, kehidupan peribadi dan pekerjaan mereka. Peperiksaan jenis baharu terdiri daripada dua ujian, iaitu ujian menulis dan ujian bertutur. Ujian penulisan dibahagikan kepada 6 tahap iaitu HSK Tahap 1, HSK Tahap 2, HSK Tahap 3, HSK Tahap 4, HSK Tahap 5 dan HSK Tahap 6, manakala ujian bertutur pula dibahagikan kepada HSK (Asas), HSK (Pertengahan) dan HSK (Lanjutan). Semasa ujian pertuturan, alat rakaman suara digunakan. Calon boleh memilih untuk menduduki mana-mana ujian atau kedua-duanya.

Jom masuk Kolej MARA!
Jom Masuk Kolej Profesional MARA!
hiedumara #tertiarimara #JomMasukKPM #JomMasukKM #majlisamanahrakyat #MerakyatkanMARA