Perbincangan laluan pengajian pelajar IESP ke University of South Australia (UniSA).

Perbincangan laluan pengajian pelajar IESP ke University of South Australia (UniSA). Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Tn Haji Abd Manab bin Abdul Majid bersama Director Global Recruitment and Engagement UniSA, Mr Rishen Shekar serta Puan Noor’ Ain Abdullah daripada Nas Education.

Turut serta dalam perbincangan adalah Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal, En Asmar Suid, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, Encik Maizul Deraman serta beberapa pegawai BPP dan BKT.

BPT memfokuskan laluan pengajian terutamanya bagi lepasan pelajar KPM dari kluster Pengurusan dan Perniagaan serta beberapa program lain Turut dibincangkan potensi laluan bagi lepasan program Asasi KM untuk menyambung pengajian di UniSA.

BPT juga berminat untuk meneroka peluang bagi menghantar pensyarah mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh UniSA dalam usaha ke arah peningkatan profesional dan kompetensi pensyarah.

Boleh layari https://unisa.edu.au/ untuk maklumat lanjut berkenaan UniSA.

Utama