Intelli Supply Conference & Exhibition 2025

19-20 Februari 2025 – 5 orang pensyarah dari Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar telah dijemput oleh Chartered Institute of Logistics and Transporta19-20 Februari 2025 – 5 orang pensyarah dari Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar telah dijemput oleh Chartered Institute of Logistics and Transportation (CILT) Malaysia untuk menghadiri Intelli Supply Conference & Exhibition 2025, sebuah acara logistik berprestij yang diadakan di Persada Johor International Convention Centre. Antara pensyarah yang terlibat adalah Pn. Syakirah, Pn. Nor Liza, dan En. Mohd Syamrie bagi persidangan, manakala Pn. Arnishahida dan En. Muhamad Fakharuddin Bin Muhamad Ali bertugas di tempat pameran CILT dan WiLAT Malaysia. Turut menyertai persidangan adalah Pengarah KPM Bandar Penawar, En. Muhammad Fazly dan Timbalan Pengarah I Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, En. Maizul serta Ketua Penolong Pengarah (Kurikulum) Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, En. Mohd Zamri.
Hari pertama dimulakan dengan ucapan aluan oleh Joanne Tham, Pengarah Synergy Connect Holdings Sdn Bhd, diikuti oleh ucaptama daripada Dato’ Sri Dr. Adham Baba yang membincangkan strategi pelaburan bagi rantaian bekalan masa depan. Selain itu, panel diskusi seperti “Optimizing Pharma Supply Chains: Bridging E-Commerce & Intralogistics” turut mengupas cabaran dan peluang dalam sektor logistik farmaseutikal.
Pada hari kedua, pelbagai sesi menarik telah berlangsung, termasuk sesi panel berkaitan teknologi blockchain dalam logistik halal, yang menampilkan pakar-pakar dari pelbagai syarikat terkemuka. Selain itu, pembentangan bertajuk “How Autonomous Mobile Robots (AMRs) and AI-driven Machine Vision are Transforming Warehouse Operations Today” memberikan pandangan tentang peranan automasi dalam gudang moden. Persidangan diakhiri dengan ucaptama oleh Assoc. Prof. Ts. Dr. Jessica Ong FCILT yang menekankan kepentingan komunikasi dalam rantaian bekalan global.
Penyertaan pensyarah dan Pengarah KPM Bandar Penawar serta wakil BPT MARA dalam acara ini memberikan pendedahan berharga mengenai inovasi dan perkembangan terkini dalam industri logistik, yang dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran di kolej. Diharapkan pengalaman ini akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan logistik dalam MARA serta memperkukuh hubungan antara akademia dan industri.